WELCOME TO SJKC SIMPANG

Monday, August 22, 2011

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SJK ( C ) SIMPANG LIMA SITIAWAN


-      Dibina pada tahun 1952.
-      Pengasas ialah En. Cheng Nguk Ho.
-      Bilangan murid pada masa itu adalah seramai 20 orang dan seorang guru. ( Pn. Diong Nguk Hiong )
-      Pada tahun 1953, dua buah bilik darjah dibinakan. Kelas berjalan secara kelas bercantum.
-      Bilangan murid seramai 60 orang ( Tahun1 - Tahun 4 ) dan seorang Guru Besar dan 2 orang guru.
-      Guru Besar – En. Phang Kwong Mee
-      Guru – En. Dah Kwong dan Pn. Diong Nguk Hiong
-      1960, ditambah 2 buah bilik darjah lagi.
-      Sejak dari tahun 1956 hingga 1970, murid darjah 5 dan 6 terpaksa melanjutkan pelajaran kei SJK ( C ) Pekan Gurney.
-      1974, bilangan murid seramai 150 orang ( Tahun 1 – Tahun 6 ) dan 6 orang guru.

-      1978, sekolah dijadikan Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan, kerajaan membina sebuah bilik guru dan dua buah bilik darjah. Waktu persekolah telah menjadi satu sesi iaitu sesi pagi.
-      1984, bilangan murid adalah seramai 212 orang.
-      2004, bilangan murid ialah 61 orang.
-      2005, bilangan murid seramai 56 orang dengan 6 orang guru. Pintu pagar dan pagar hadapan baru dibina. Siling kantin dibaiki dan bangunan sekolah dicat semula.
-      2006, murid seramai 56 orang dan 5 orang guru. Pondok jaga tembok di sebelah kanan sekolah dibina.
-      2007, bilangan murid 61 orang dan guru 7 orang termasuk guru pemulihan khas, Pn. Tiong Jing Ling mulai mengajar di sekolah ini pada 2-5-2007 sebagai guru GSTT.
-      Bilik pemulihan khas dinaiktaraf dan kerja ubahsuai siap pada 24-9-2007. Perbelanjaan adalah sebanyak
 RM 19980.00 dan dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
-      2008, bilangan guru 9 orang dan murid 65 orang pada awal tahun. Cik Yong Mei Kuey dan Cik Cheing Hea Fong mula berkhidmat di sekolah ini sebagai GSTT pada 8-1-2008. Pada masa itu, 5 kelas dibuka.
-      Bangsal kereta, kereta basikal dan pintu-pintu( 3 buah ) di pejabat dan bilik guru diganti. Jumlah perbelanjaan sebanyak RM 13870.00 dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
-      Cik Kong Chiew Hui dan En. Tiong Kah Wei berkhidmat di sekolah ini pada 9-6-2008 dan 1-7-2008 sebagai GSTT. 6 kelas dibuka selepas 2 orang guru tersebut mula mengajar di sekolah ini.
-      Bilik darjah Tahun 1 dan Tahun 2 diubahsuai menjadi 3 bilik pada 12-7-2008 dengan perbelanjaan RM 2587.85 dan ditanggung oleh PIBG sekolah di mana bahan pembinaan RM 1909.85 dan upah RM 678.00.
-      2009, bilangan murid 67 orang dan guru 10 orang dengan semua guru terlatih tetap, termasuk seorang guru pemulihan.
-      Tiada tempat khas untuk PSS sejak tahun 90an. Buku-buku disimpan dalam almari di setiap kelas.
-      Bilik PSS diubahsuai daripada 2/3 bilik stor PJK. Buku-buku diproses semula dan ia berfungsi secara berperingkat-peringkat mula dari bulan May 2007.
-      Bilik PSS SJK ( C ) Simpang Lima yang baru telah siap dibina pada Jun 2009.
-      Keluasan Bilik PSS lebih kurang 750 kaki persegi.
-      Dengan adanya Pusat Sumber Sekolah, murid-murid dan guru-guru di sekolah ini dapat menikmati tempat yang begitu selesa dan sesuai untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka.
-      2010, bilangan murid seramai 70 orang dan guru 11 orang termasuk Guru Besar. Tiada pertukaran guru pada tahun ini.
-      Papan jaring gol gelanggang bola keranjang telah dirobohkan pada hujung tahun (Bulan November) kerana telah reput dan tidak selamat digunakan.
-      Jamuan makan malam sempena sambutan Hari Guru 2010 diadakan pada 12-11-2010 di kantin sekolah.
-      2 buah sinki di kantin digantikan yang baru dengan perbelanjaan sebanyak RM 230.00 yang dibiayai oleh Lembaga Pengurus Sekolah.

No comments:

Post a Comment