SJKC Simpang Lima adalah sebuah sekolah gred B(SKM).Bilangan murid terkini di sekolah ini ialah 70 orang.Tiada tempat khas untuk PSS sejak tahun 90an.Buku-buku disimpan di dalam almari setiap kelas.Bilik Pusat Sumber diubahsuai daripada 2/3 bilik pemulihan.Buku-buku diproses semula dan ia berfungsi secara berperingkat-peringkat mula dari bulan Mei 2007.Bilik Pusat Sumber SJKC Simpang Lima yang baru telah siap dibina pada Jun 2009.Keluasan bilik Pusat Sumber SJKC Simpang Lima lebih kurang 750 kaki persegi. Ini bermakna murid-murid dan guru-guru di sekolah ini dapat menikmati tempat yang begitu selesa dan sesuai untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka.
Takwim Program NILAM SJK ( C ) Simpang Lima:
BULAN | AKTIVITI |
Januari | Minggu Membaca Bahasa Melayu |
Februari | Pertandingan Tulisan dan Kaligrafi Cina Minggu Membaca Bahasa Cina |
Mac | Minggu Membaca Bahasa Inggeris Pertandingan Tatabahasa BM Pengumpulan Data 1 |
April-Mei | Pertandingan Membina Ayat BC |
Jun | Pertandingan Buku Skrap Pengumpulan Data 2 |
Julai | Minggu Membaca Bahasa Cina |
Ogos | Minggu Membaca Bahasa Melayu Minggu Membaca Bahasa Inggeris Pertandingan Tatabahasa BI |
September | Pameran Buku Pengumpulan Data 3 |
Oktober | Pertandingan Membina Ayat BM |
LAPORAN PERTANDINGAN MEWARNA DAN MENCIPTA POSTER
HARI KEBANGSAAN 2010
SJK (C) SIMPANG LIMA
32010 SITIAWAN, PERAK.
1.0 TAJUK
PERTANDINGAN MEWARNA DAN MENCIPTA POSTER HARI KEBANGSAAN 2010
2.0 LATAR BELAKANG
SJKC Simpang Lima merupaka sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar Bandar Sitiawan. Sekolah ini mempunyai murid seramai 70 orang. Mereka semua merupakan kaum Cina yang menetap di Kampung Baru Simpang Lima ini.
3.0 PENYATA MASALAH
Kampung Baru ini terletak kira-kira 15km dari Bandar Sitiawan. Disebabkan lokasinya, murid di sini sebenarnya tidak mempunyai peluang yang banyak untuk menjalin hubungan dengan masyarakat luar. Usaha untuk menanam semangat patriotik dalam diri murid sebenarnya amat penting dalam kawasan sekolah.
4.0 FOKUS
Aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap sejarah kemerdekaan negara dan seterusnya meningkatkan kesedaran terhadap semangat patriotisme dalam kalangan para murid.
5.0 OBJEKTIF
I. Mendedahkan kepada murid sejarah kemerdekaan negara.
II. Meningkatkan kesedaran murid tentang semangat patriotisme dalam kalangan murid
III. Memupuk semangat cintakan Negara dan bangga terhadap negara yang aman dan makmur.
IV. Mencungkil bakat mencipta dan bakat seni murid.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid SJK (C) Simpang Lima.
7.0 BUTIRAN-BUTIRAN PENTING:
TARIKH : 30/08/2010
TEMPAT : BILIK DARJAH MASING-MASING
MASA : 10:00am-1:00pm
PERSERTA : PERTANDINGAN MEWARNA POSTER HARI KEBANGSAAN UNTUK MURID TAHUN 1, 2, 3 DAN 4.
PERTANDINGAN MEWARNA DAN MENCIPTA SLOGAN POSTER HARI KEBANGSAAN UNTUK MURID TAHUN 5 DAN 6.
8.0 KEPUTUSAN:
Seperti di Lampiran A
LAMPIRAN A
LAPORAN PERTANDINGAN MEWARNA DAN MENCIPTA SLOGAN POSTER
HARI KEBANGSAAN 2010
TAHUN 1 | TAHUN 1 | TAHUN 1 |
JOHAN | NAIB JOHAN | KETIGA |
LIM JIA JUN | CHEONG JIN YI | HOO JIA YI |
` | ||
TAHUN 2 | TAHUN 2 | TAHUN 2 |
JOHAN | NAIB JOHAN | KETIGA |
NGOO ZHI QIN | EIK CHUN YIN | YEAP JO LIN |
TAHUN 3 | TAHUN 3 | TAHUN 3 |
JOHAN | NAIB JOHAN | KETIGA |
NGO JIA LOCK | YEAK ZI FENG | ENG KAI SING |
TAHUN 4 | TAHUN 4 | TAHUN 4 |
JOHAN | NAIB JOHAN | KETIGA |
LAW CHANG WEI | ONG YUAN YANG | PARRY CHING WEI HAN CATHELINE YEAK ZI QING |
TAHUN 5 | TAHUN 5 | TAHUN 5 |
JOHAN | NAIB JOHAN | KETIGA |
EK YING YING | AW HUI QI | YEAK KE XIN |
TAHUN 6 | TAHUN 6 | TAHUN 6 |
JOHAN | NAIB JOHAN | KETIGA |
YEAP SZE ZHING | JASMINE LEE XUAN EN | LEE WAN XIONG |
9.0 KESIMPULAN
Kemerdekaan sesebuah Negara sebenarnya perlu mengharungi pelbagai perjuangan yang menumpahkan darah. Generesi sekarang seharusnya banyak didedahkan kepada sejarah perjuangan pahlawan tanah air demi memupuk semangat perpaduan dan kekitaan yang tinggi. Merentuh buluh biarlah dari rebungnya. Biarlah kita sama-sama memupuk semangat cintakan negara di dalam kalangan murid sekolah demi membentuk sebuah masyarakat setempat yang bangga terhadap kemakmuran negara.